Isu video Panas, Syafiq Kyle Pertimbang Tindakan Undang-Undang


Pelakon sensasi, Syafiq Kyle yang diburu kontroversi penyebaran rakaman video lucah sejak beberapa hari lalu, memandang serius perkara itu dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik menanganinya.

Tampil mengulas kontroversi itu, Syafiq berharap kesulitan yang timbul susulan penyebaran video terbabit ditamatkan segera lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan.

"Pihak kami sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan kesulitan yang timbul dapat dimuktamadkan dengan segera.

"Adalah baik jika ia tidak dipanjangkan bagi menghormati bulan Ramadan.

"Jika ia masih berterusan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang," katanya melalui entri pada Instagram.

Sejak beberapa hari lalu, rakaman video lucah yang memaparkan lelaki mirip Syafiq selain paparan skrin perbualan yang dikatakan antara pelakon itu dan individu lain, viral di laman sosial.

Mengenai penularan paparan skrin perbualan seorang individu dengan Syafiq, pelakon drama Nur itu menyifatkan ia tidak betul dan tak berasas.

"Ia sama sekali seperti menangguk di air yang keruh.

"Difahamkan paparan skrin itu sudah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Profil individu berkenaan juga menggunakan gambar yang dicuri pemilik asal dari Filipina," dakwanya.

Syafiq mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap isu yang melanda.

"Ini pengajaran terbaik yang mematangkan saya pada masa mendatang.

"Maaf juga jika panggilan dan mesej teman wartawan tidak dibalas kerana saya perlu berhati-hati dan cermat mengatasinya," katanya.

Sebelum ini heboh di media sosial mengenai sebuah video panas yang kononnya didakwa milik pelakon lelaki terkenal iaitu Syafiq Kyle.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter yang mendakwa bahawa dia mempunyai video penuh panas tersebut.

Pemilik akaun itu juga mendakwa bahawa individu yang berada didalam video itu adalah Syafiq Kyle di mana lelaki tersebut sedang membuat panggilan video bersama seorang wanita bernama Mira dan jelas sekali di dalam perbualan mereka menunjukkan unsur-unsur tidak senonoh.

Lebih dahsyat lagi video panas itu turut di jual oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp dan kini ianya sudah mula tersebar di dalam media sosial.

Tidak cukup dengan video keterlaluan itu ditambah lagi dengan wujudnya sebuah akaun Twitter atans nama @sykle turut meminta pengguna laman itu membuat retweet teaser sehingga 200 kali sejak 1 pagi tadi.

"Nah Syafiq kasi teaser... Korang RT la banyak-banyak untuk full version. Syafiq tunggu," tulis pengguna akaun palsu itu.

Walau bagaimanapun,sehingga ke hari ini Syafiq dan pihak pengurusannya hanya berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenai isu hangat ini.

Rata-rata peminat Syafiq mula mempersoalkan dan masih menanti jawapan sebenar dari tuan badan sendiri.Namun,ada juga yang mengatakan bahawa video tersebut hanya untuk menjatuhkan namanya yang kian melonjak naik di dalam industri tanah air ini.Editor-Sofia