Rumah Terbakar,Ibu Nekad Baling Anak Dari Tingkat 2 Demi Menyelamatkan Nyawa Anaknya


INDONESIA- Kejadian kebakaran rumah dua tingkat di Jalan Kebalen Kulon II nombor 9 Surabaya,Indonesia ini mempunyai kisah sedih di sebalik insiden ini.

Saksi kejadian iaitu Romlah adalah salah seorang penduduk di kampung itu telah melihat kejadian di mana seorang ibu melemparkan bayinya dari tingkap dan bayi itu berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berkumpul di bawah.

Ketinggian tingkap itu ke bawah adalah kira-kira 5 meter.

"Ada seorang ibu telah melemparkan bayi berusia 11 bulan dan ditangkap oleh orang-orang awam di bawah," kata seorang penduduk yang rumahnya bertentangan dengan rumah mangsa kebakaran.


Walau bagaimanapun,kebakaran itu telah berjaya dipadam oleh pihak bomba yang ditugaskan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian kebakaran itu, seramai 8 orang penghuni yang berada di tingkat 2 terbunuh akibat terperangkap.

Ketua Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya, AKBP Antonius Agus Rahmanto, titik api bermula dari sebuah bilik di rumah tumpangan itu.Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi.

Sebelum kehadiran ahli bomba,orang awam cuba membantu untuk memadamkan api namu tidak berhasil.

Terdapat 8 orang mangsa di sahkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran itu, dari 20 orang yang berada di rumah ketika kejadian.

"(Angka kematian) 2 bayi , 3 kanak-kanak, dan 3 orang dewasa, kami masih memeriksa identiti," katanya.

Maklumat dari saksi, api datang dari ruang bawah. Tetapi polis masih terus membuktikan kesasihan saksi dan dari tempat kejadian untuk mendedahkan punca sebenar kebakaran itu.

Antara mangsa kebakaran adalah pasagan suami isteri yang dikenali sebagai Syueb,35 dan Eryin,33 tahun.

Ulfia,29, penduduk tempatan berkata, penduduk mula tiba sekitar jam 4.00 pagi ketika solat subuh, di mana saat itu api sedang marak di kedai Syueb.

Kes masih lagi dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran yang berlaku.Editor-Sofia