Safiey Illias Risau,Faiz Roslan Alami Tekanan Jiwa Jika Terus Dihentam Netizen


Kecoh baru-baru ini isu mengenai seorang instafamos yang didakwa telah membuat pengakuan berani yang menyatakan bahawa dia tidak berpuasa.Disebabkan video live yang dibuat di Instagram itu, Faiz Roslan telah merima kecaman hebat dari netizen.

Bagaimanapun,isu ini amat dipandang serius kerana turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mahu berjumpa dengannya secara empat mata.

Sudah pasti tindakan Faiz ini telah mengundangkan kemarahan umat Islam kerana dapat dilihat dengan jelas dia seolah-olah hanya mahu mengejar populariti semata-mata hingga sanggup mempersendakan agama sendiri.

Selain itu,akaun Instagram milik Faiz Roslan juga dikatakan telah dinyahaktifkan atau dipadam oleh pihak Instagram kerana kes ini.

Ekoran dari kejadian itu,kes ini juga telah mendapat perhatian daripada usahawan kosmetik Safiey Illias dengan meminta supaya netizen tidak terus menghentamnya bertubi-tubi.

Menurut Safiey,dia meminta agar netizen dapat menegur Faiz dengan cara yang baik dan lemah lembut.


Apa yang cuba di sampaikan oleh Safiey adalah,dia juga pernah berdepan dengan situasai yang sama dimana dia di hetam hebat oleh netizen sehinggakan dia berasa seperti dipulaukan dan amat benci pada diri sendiri.

"Saya bukan backup doa,saya tak sokong pun mana-mana pihak.Saya Transparen,saya takut keadaan jadi lebih buruk,"tulisnya.

Safiey juga turut menyatakan dia bimbang sekiranya netizen terus terusan menghukumnya,besar kemungkinan akan membawa kepada depresi dan seterusnya akan mengalami tekanan sehinggakan mahu membunuh diri.

Apa yang boleh diperkatakan adalah,nantikan sahaja apa penjelasan dari Faiz Roslan mengenai kes panas ini.Editor-Sofia.Sumber-Hangat.com