SM Faisal Hantar Surat Peguam Pada Emilia


Masih ingatkah anda isu mengenai seorang ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin didakwa telah mendera bekas isterinya Emilia Hanafi.

Pada mulanya Emilia takut untuk bersuara,namun setelah mendapat kekuatan dari orang sekelilingnya Emilia telah memuat naik gambar-gambar kesan lebam pada tubuhnya akibat di dera di Instagram.

Ekoran dari kejadian itu,SM Faisal mengesa bekas isterinya itu supaya memadam tulisan dan gambar yang telah dimuat naik.

Gambar dan tulisan berkenaan dipercayai mengenai kes SM Faisal didakwa bertindak memukul Emilia pada 2015.

Walau bagaimanapun,kes diantara mereka yang dibicarakan di Mahkamah Sivil, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Syariah berlaangsung dalam keadaan sunyi dari pihak media.

Menerusi surat tuntutan saman fitmah bertarikh 23 Mei,SM Faisal yang diwakili peguam,Datuk Akhberdin Abdul Kader,menafikan bahawa apa yang dilakukan oleh bekas isterinya mengelirukan dan menipu masyarakat.

Disebabkan itu,nama baik SM Faisal turut tercemar. Emilia telah digesa supaya memadam kesemua tulisan dan gambar jika tidak berbuat demikian dia akan berdepan dengan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.

"Padam kesemua posting berkenaan di semua sosial media anda dalam masa 24 jam bermula dari tarikh ini (surat).

Pada 16 Mei dan 20 Mei yang lalu ,Emilia ada memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan bahagian mata,wajah dan tangannya dipenuhi kesan lebam.

Pasangan yang memiliki tiga cahaya mata itu bercerai pada Mac 2016 lalu.Editor-Sofia