Video-Faiz Roslan Mengaku Tak Puasa Dan Solat Di Kecam Hebat Netizen


Tak serik-serik! Sebelum ini instafamous ini pernah mencetuskan kontroversi panas apabila memuat naik sebuah video yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan dengan menyerupai seperti wanita serta terkinja-kinja bersama dua lagi sahabatnya.

Akibat daripada peristiwa itu instafamos yang dikenali sebagai Faiz Roslan ini telah dikecam hebat oleh para netizen.

Tidak cukup dengan itu,sekali lagi Faiz membuat onar dengan bangganya memberitahu pengikut-pengikut di laman Instagramnya bahawa dia tidak berpuasa.

Di dalam rakaman Instagram live berdurasi 55 saat itu menunjukkan dia dan seorang lagi rakannya juga tidak berpuasa di mana pada ketika itu rakannya dengan rasa tidak bersalah menikmati kentang goreng sambil di rakam oleh Faiz.

Selain itu,Faiz juga membuat pengakuan bahawa di tidak menunaikan ibadah solat jadi padanya tiada guna jika dia berpuasa.

 “Kepada yang tanya lagi sekali tu, yes kitorang tak puasa. I tak puasa sebab I sedar I tak solat lima waktu pun. So macam kalau I puasa pun macam rugi je, nothing,"ujarnya.

Apa yang membuatkan netizen marah adalah Faiz seolah-olah memperlekehkan agamanya sendiri.Bukan saja memperlekehkan Faiz juga telah mempersolkan ibadah puasa orang lain dengan mengatakan jika tidak puasa jangan di tunjuk tetapi Faiz sendiri yang membuka pekung di dada.

"Korang yakin ke puasa korang diterima?Kalau korang tak solat,dah dikira kosong.Tapi contohnya kalau korang tak melakukan ibadah tapi nak puasa, boleh takde masalah, tak ada siapa nak halang.

 “Macam I, kalau I nak puasa, I puasa je.Kalau tak puasa tu jangan tunjuk sangat. Kita orang ni dah tertunjuk, so makan je lah,” kata Faiz lagi di dalam video live nya tanpa segan silu.



 Faiz masih tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dahulu.Segala nasihat yang diberikan seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.

Jadi tidak heran lah mengapa netizen melemparkan kata-kata pedas terhadapnya.

Dan disebabkan kecaman hebat dan nasihat tidak putus-putus ditulis dari semua pihak,kini akaun Instagramnya telah dinyahaktifkan.


Apa-apa pun kita doakan supaya Faiz dan kawan-kawannya mendapat hidayah.