Video-Ikan Paus Cium Bayi, Namun Lihat Apa Reaksi Bayi Tersebut..


Paus biru (Balaenoptera musculus) ialah mamalia marin tergolong dalam suborder paus balin. Ia merupakan haiwan terbesar diketahui pernah wujud.

Sememangnya paus beluga amat mesra dengan manusia dan tidak takut untuk mendekati manusia,haiwan ini juga bijak.

Bagaimanapun,spesis paus dipercayai kian pupus dan disebabkan itu paus merupakan haiwan yang dilindungi oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Ada juga diantaranya diberikan latihan untuk persembahan di dalam zoo dan sekali gus anak-anak lebih mengenali apa itu ikan paus.

Didalam sebuah video berdurasi 29 saat ini memaparkan seorang wanita memangku anaknya di tepi kolam sambil dan tidak lama selepas itu ikan paus beluga muncul dari permukaan air.

Tidak lama selepas itu,ikan paus beluga mencium pipi bayi tersebut untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap bayi comel itu.


Namun malangnya,bayi tersebut menagis sebaik sahaja dicium oleh ikan paus beluga.




Dari riak muka ikan paus itu ianya kelihatan sangat sedih kerana sepatutnya bayi akan teruja jika diberikan ciuman bukannya tangisan.

Video ini dikatakan kian tular dimedia sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan ikan paus beluga.Seorang netizen memberikan komen dengan menulis : “Ikan paus tersebut mesti kecewa melihat reaksi bayi yang tidak dijangka.”.Editor-Sofia