Video- Jijik Wanita Ini Mencukur Bulu Kaki Dalam Kolam Renang Yang Dipenuhi Orang Awam


Menghabisakan waktu cuti dengan melakukan perkara digemari merupakan perkara yang sangat menggembirakan. Dapat berenang di kolam renang,makan makanan yang enak dan mengabiskan masa untuk tidur di atas katil yang empuk tanpa sebarang gangguan sangat seronok.

Namun,seorang wanita mengisi masa nya di kolam renang hotel telah melakukan perkara yang menjijikan.


Sebuah video berdurasi 19 saat ini telah dikongsi di Reddit memaparkan seorang tetamu perempuan bertindak mencukur bulu kakinya di kolam renang hotel dalam keadaan kolam renang dipenuhi oleh kanak-kanak.



 Di dalam video ini jelas menunjukkan wanita berkenaan tidak menghiraukan kanak-kanak yang berada di dalam kolam itu dengan 'slumber' mencukur bulu kakinya tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Walau bagaimanapun,tiada tetamu lain yang menyedari akan tingkah laku jijik wanita ini selain daripada orang yang merakam video berkenaan.

Tidak diketahui di mana video ini diambil tetapi telah diposkan 15 jam yang lalu oleh pengguna yang menggunakan nama samaran Screwsausage telah memuatnaik video berkenaan.Lebih 50,000 kali ianya ditonton dan telah menarik lebih daripada 1,653 komen mengenai video itu.


Seorang netizen menulis: "Itu sangat menjijikkan.

"Bayangkan jika anda terus menelan air didalam kolam secara tidak sengaja semasa anda berenang .. dengan semua rambut dicukur di dalamnya."

Seorang lagi menambah: "Lebih buruk lagi, jika semasa dia bercukur dan mengalami sedikit kecederaan akibat dari pisau cukur yang tajam,maka akan ada darah di kolam renang dan pasti mendapat jangkitan."

"Saya tidak akan berenang di kolam awam selepas pengalaman itu,"tulis salah seorang netizen.Editor-Sofia