Video- Kanak-kanak 4 Tahun Tersekat Dalam Mesin Basuh


CHINA- Seorang kanak-kanak lelaki di timur China telah diselamatkan selepas dia memanjat mesin basuh lalu terjatuh ke dalamnya dan tersekat.

Kanak-kanak berusia empat tahun itu dipercayai sedang bermain seorang diri di rumahnya lalu memanjat mesin basuh tersebut.

Menurut laporan dari Luzhou Morning News, ibunya sedang sibuk melakukan kerja-kerja di dalam bilik yang lain semasa kejadian itu berlaku, 




Bagaimanapaun semasa kejadian berlaku kanak-kanak itu terkejut, tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan, menurut laporan itu.

Kejadian berlaku di bandar Zibo, wilayah Shandong.

Ibu mangsa dilaporakan mendengar tagisan anaknya meminat pertolongan kira-kira jam 2.15 petang namun dia tidak berjaya menarik anaknya keluar dari mesin basuh itu lalu dia bertindak menelefon pihak bomba.

Sebuah video operasi menyelamat menunjukan bahawa bahagian badan kaknk-kanak malang itu tersekat di dalam mesin dan tangannya juga tidak dapat dikeluarkan.

Disebabkan itu anggota bomba terpaksa menggunakan gergaji untuk memotong dengan berhati-hati melalui drum mesin basuh.






Banyak kemalangan melibatkan kanak-kanak yang terperangkap dengan mesin basuh telah dilaporkan di China, ada sehingga mendatangkan maut.

Pada September 2013, dua adik beradik perempuan, berumur dua dan tiga tahun, meninggal dunia selepas memanjat mesin basuh di rumahnya di wilayah Jiangxi.Jadikan cerita ini sebagai satu pengajaran untuk kita semua.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa mematau aktiviti anak-anak ketika berada dirumah.Editor-Sofia.