Video- Musa Aman Larikan Diri Ke London?


Jika minggu lepas kecoh di media sosial mengenai kehilangan Tan Sri Musa Aman yang secara tiba-tiba ghaib semasa pihak polis dan SPRM mencari beliau di kediamannya di Sabah.

Namun,hari ini tular sebuah video memaparkan seorang individu kelihatan seperi Musa Aman berada di London pula.

Menurut sumber yang boleh dipercayai,individu yang memakai baju merah,bertopi serta berkaca mata hitam itu,kelihatan sama seperti Musa berada di stesen keretapi London.Kelihat juga beberapa buah beg di atas troli.Selain itu,disis lelaki berkenaan terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang juga menggunakan topi.

Walau bagaimanapun,penularan video ini telah pun diketahui oleh Komisioner Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Video viral berdurasi 10 minit itu telah berjaya dirakam semalam oleh seorang pengguna Facebook yang juga berasal dari negara Malaysia semasa dia berada di stesen keretapi antarabangsa St Pancreas.

“Saya boleh sahkan bahawa lelaki di dalam video itu adalah Tan Sri Musa Aman. Dia dalam perjalanan menuju ke jalan keluar St. Pancreas International Station, London. Dia bersama keluarganya,” kata seoran pengguna Facebook dikenali sebagai Az Eem yang telah memuatnaik rakaman video tersebut.

Beliau dilihat kali terakhir semasa berlepas menaiki pesawat dari Sabah ke Kuala Lumpur pada 14 Mei bagi menghadiri mesyuarat bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Musa kini telah menjadi salah seorang dari buruan pihak polis bagi membantu siasatan selepas Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap Musa atas pertuduhan intimidasi jenayah yang mana Musa dipercayai membeli sokongan ADUN Sabah berikutan keputusan pilihan raya umum ke-14.

Tetapi sejauh mana kesahihan bahawa lelaki berbaju merah itu adalah Tan Sri Musa Aman tidak dapat di ketahui.