Video-Wanita Terkena Minyak Pengasih,Kakak Rayu Netizen Jangan Buat Andaian Buruk


Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita dan seorang lelaki warganegara asing sedang bermesra.Video tersebut telah di muatnaik melalui akaun Facebook atas nama Kakchik ain abd ghani.


Menurut kakak mangsa (Zulaikha Ab Ghani) adiknya itu dikatakan telah terkena buatan orang (minyak pengasih) oleh warga asing tersebut ,disebabkan itu mangsa tidak menyedari apa yang dilakukannya.

Selain itu,kakak mangsa juga mengatakan bahawa akaun Facebook atas nama kakchik ain abd ghani itu adalah akaun palsu.


Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Nain Abg Ghani pada mulanya berkenalan dengan lelaki itu dalam tempoh enam bulan hanya sekadar rakan sekerja namun tanpa disedari dia telah di sihir oleh lelaki tersebut.Disebabkan itu segala arahan yang keluar dari mulut lelaki berkenaan hanya diturutkan sahaja tanpa sebarang batahan.

Untuk maklumat semua mangsa sudah berkahwin dan mempunyai anak,oleh sebab itu lelaki yang dikenali sebagai Gohil Hardikbhai Kantilal ini telah menggugutnya supaya meminta cerai dan meninggalakan anak-anaknya ,jika mangsa tidak berbuat sedemikian segala gambar dan video akan di sebarkan satu persatu.

Disebabkan kakak mangsa telah menyebarkan gambar mangsa di ineternet,mangsa sekali lagi menggugut tidak teragak-agak untuk menyebarkan video dan gambar mesra yang lain di media sosial.

Kakak mangsa menyatakan bahawa adiknya itu kini sedang dalam proses berubat untuk memulihkannya seperti sedia kala.


Namun, ada juga sesetengah netizen berpendapat bahawa ini adalah cerita rekaan semata-mata hanya untuk menutup kesalahannya setelah video tersebut tular di media sosial.

Apa-apa pun diharapa segalanya dapat diselaikan.Sumber- Zulaikha Abd Ghani.Editor-Sofia