Berang Dituduh Hitam Dan Tak Pandai Masak,Wanita Ini Nekad Bunuh Ahli Keluarga


INDIA- Seorang wanita di India telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat membunuh lima orang ahli keluarganya semasa menyambut majlis ‘housewarming’ pada Isnin lepas.Kejadian dikatakan berlaku di daerah Raigad,

Wanita berkenaan telah bertindak mencampurkan sejenis racun bagi membunuh ular ke dalam masakkannya lalu dihidangkan kepada para tetamu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Pradnya Survase, 23 tahun,selalu dicaci dan dimaki oleh keluarga kerana warna kulitnya dan dia tidak pandai memasak.

Berang dengan caican itu,Survase telah bertindak membunuh suaminya,ibu mertua serta dua orang kakak iparnya dan seorang biras kerana mereka sering kali menghinanya dengan kata-kata kesat setiap hari.

Menurut laporan dari Hindustan Times,sejak dari awal perkahwinannya dua tahun lalu,hampir setiap hari Survase dihina kerana berkulit gelap dan tidak pandai memasak.

Sebelum ini Survase pernah gagal dalam perkahwinannya yang pertama mempercayai saudara maranya cuba untuk merosakkan hubungan dia dan suaminya.

Majlis yang diadakan turut dihadiri oleh 120 orang tetamu yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Walau bagaimanapun,para tetamu yang menikmati makanan berkenaan didapati mengalami rasa mual,dan sakit di bahagian perut beberapa jam selepas menikmati makanan tersebut.Kesemua mangsa kini sedang dirawat di hospital.

Melalui ujian forensik mendapati terdapat racun yang diletakkan di dalam kuah dal tersebut dan racun itu telah dijumpai berhampiran dengan rumah mangsa.

Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.