Dituduh Tak Serik Dengan Ujian,Netizen Kecam Nazim Othman Tayang Badan Di Instagram


Nama pelakon Nazim Othman semamngnya tidak asing lagi dalam industri tanah air Malaysia.Sebelum ini nama beliau pernah mengemparkan Malaysia gara-gara isu penceraiannya bersama pelakon cantik Bella Dally.


Rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu hanya bertahan setakat itu sahaja,namun Nazim tetap tabah mengharungi kehidupannya meskipun terus diasak dengan pelbagai persoalan.

Baru-baru ini nama pelakon kacak drama bersiri Monalisi itu sering kali dilihat memuat naik gambar 'ootd' nya sehinggakan ada yang menjadikan Nazim sebagai idola mereka.


Pelakon yang dikatakan mirip wajah korea ini juga baru-baru ini sering memuat naik beberapa gambar yang menampakkan bentuk badan sasanya sehingga menarik perhatian netizen.

Disebabkan mempunyai rupa paras yang menarik sudah pasti Nazim sering menjadi perhatian di media sosial baik lelaki mahupun perempuan.


Namun,ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa Nazim berpelakuan sebegini sedangkan suatu ketika dahulu beliau pernah diuji dengan penyakit.Sebenarnya Nazim pernah menghidap penyakit ketubuhan pada bahagian otak yang terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya,tetapi ada yang menyangka beliau menghidap kanser.

Untuk pengetahuan anda,Nazim kini telah pun pulih sepenuhnya dari penyakit tersebut selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut pada 6 Mac 2015 yang lalu.