Dua Restoran Di Jalan Alor,Diarah Tutup Serta Merta Kerana Terlampau Kotor


Selepas peristiwa yang menimpa restoran Banana Leaf Raj, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL) telah melakukan misi untuk memburu restoran makanan di sekitar Kuala Lumpur yang melanggar undang-undang kesihatan yang telah ditetapkan.

Selepas penutupan restoran tersebut, DBKL baru-baru ini menutup dua buah restoran yang dipercayai tidak mengikut peraturan kebersihan yang ditetapkan,ianya adalah Restoran TKS dan Banh Mi Bread yang terletak di Jalan Alor.

Kedua-dua restoran ini dikatakan mempunyai persekitaran yang kotor dan boleh memudaratkan kesihatan pelanggan sekiranya mereka makan di sini.Untuk maklumat pembaca,salah sebuah restoran ini semamangnya kotor sehinggakan tikus berkeliaran disekitar kawasan kedai tersebut.


Restoran-restoran ini telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan diberi notis penutupan, yang berkuatkuasa semalam (27 Jun 2018).

Untuk meneruskan operasi kedai dibukak seperti biasa mereka mesti terlebih dahulu membersihkan premis mengikut syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pembukaan semula hanya dibenarkan selepas pegawai DBKL mendapati tahap kebersihan mereka memuaskan semasa pemeriksaan berikutnya dilakukan.


Untuk pengetahuan anda, mereka tidak adalah satu-satunya restoran yang melanggar undang-undang!

Ia juga turut mendedahkan bahawa sebanyak 21 denda telah dikeluarkan dalam pemeriksaan DBKL yang telah dijalankan oleh 40 pegawai di 36 restoran sekitar Jalan Alor.

Beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh restoran di Jalan Alor adalah seperti tidak memakai apron dan sarung tangan semasa mengendalikan makanan.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Chandrakant Patel berkata, restoran yang beroperasi pada waktu malam juga turut diperiksa.

"Kami tutut melakukan pemeriksaan malam secara besar-besaran setiap bulan dan pegawai kami dari kawasan yang berbeza juga melakukan pemeriksaan kerap di kawasan yang dikenal pasti."

"Mereka juga akan bertindak ke atas aduan pengguna yang melaporkan masalah terbabit dengan melakukan pemeriksaan di tempat masing-masing."