Kisah Sedih Disebalik Lelaki Sanggup Memakai Gaun Pengantin Setiap Hari,Ternyata Kerana...


CHINA-Setiap ibu bapa sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka tidak kira dari segi apapun.

Begitu juga yang dilakukan oleh seorang insan yang bergelar bapa ini iaitu Guo Anquan berusia 45 akan melakukan apa sahaja untuk anaknya hidup bahagia.

Lelaki yang berasal dari Tiongkok ini juga dikatkan sanggup berdandan seperti seorang pengantin perempuan setiap hari.Malah, Guo juga akan memakai lipstik

Setelah siap berdandan,Guo akan pergi ke dataran-dataran utama di bandar Zinghong, China.Sudah pasti orang-orang sekelilingnya akan melihat Guo sebagai seorang lelaki yang pelik tidak kurang juga orang sekeliling yang akan  menterwakan nya kerana berpakaian pengantin dan berdandan.

Bahkan karena penampilannya itu, ada orang yang merendahkan dan memperlekehkannya.Malah,ada orang awam yang sengaja mengambil gambarnya dan menyatakan dia sebagai orang kuang siuman.


Sedangkan mereka tidak tahu mengapa Guo melakukan perkara tersebut.Sebaik sahaja mereka mengetahu perkara sebenar di sebalik penampilan pelik Guo,gelak tawa itu berubah menjadi air mata.

Kisahnya bermula lima tahun yang lalu semasa itu anak perempuannya berusia 4 tahun.Puteri kesayangannya itu telah disahkan menghidap penyakit leukimia.

Selepas mendapat tahu anaknya menderita penyakit berkenaan,dia telah menghabiskan kesemua hasil tabungannya bagi menyelamatkan anaknya.

Dia menghabiskan puluhan ribu yuan untuk membayar kos rawatan anak perempuannya di hospital di ibu kota Chegdu.

Selepas melakukan lapan kali kemoterapi, sel kanser yang ada pada gadis ini mula menurun.Tetapi malangnya,penyakit tersebut kembali pada Februari 2018.

Namun pada masa itu,Guo dikelilingi oleh hutang yang banyak. Disebabkan itulah Guo terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan sumbangan orang ramai untuk meneruskan kehidupan anaknya.

Malangnya keadaan puteri kesayangannya bertambah parah dan dia terpaksa melakukan satu tindakkan yang drastik bagi mengumpul wang.


Untuk menarik perhatian, dia mula berjalan di dataran utama kampung halamannya, Zigong.

Guo memakai gincu merah terang, dan memakai pakaian perkahwinan putih sama seperti wanita yang mahu berkawhin.

Dia mempunyai tanda yang mengatakan dia 'mencari pasangan' untuk membantu menyelamatkan anak perempuannya.

Dalam tanda itu tertulis  bahawa dia akan bekerja sepanjang hayatnya untuk memastikan bahawa apa-apa pinjaman akan dibayar.

Walaupun cara yang kelihatan biasa namun ia ternyata berkesan.

Guo berjaya mengumpul lebih daripada 16,000 yuan untuk rawatan anak perempuannya, menurut laman web berita Shanghai.

Selain itu laman web GoFundMe juga dibuat untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya.

Selagi dia dapat menyelamatkan hidup anak perempuannya, Guo akan melakukan apa sahaja yang diperlukan.