Saingan Hebat Di Kalangan Pelajar Matrikulasi Akan Bermula


Baru-baru ini satu isu hangat yang diperkatakan di media sosial mengenai isu kemasukan pelajar bukan bumiputera ke universiti awam.

Sememangnya isu ini amat sentitif kerana disebabkan kuota yang telah ditetapkan.Kebanyakan pelajar bukan bumiputera ini sering mengeluh kerana tidak mendapat peluang untuk memasuki universiti tempatan.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata,Kementerian Pendidikan akan menawarkan  1,000 tempat khas kat pelajar bukan bumiputra yang mempunyai kecemerlangan dalam SPM untuk menyertai program matrikulasi 2018/2019.Peluang keemasan ini akan diberikan kepada  kumpulan berpendapatan rendah B40.

Namun,ada juga sedikit sebanyak persoalan seperti sama ada gangguan kepadakota pengambilan pelajar yang sedia ada ataupun tidak.Apa yang boleh dijelaskan oleh Dr Maszlee adalah,tawaran keemasan ini tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar bumiputera ke Matriks.Sejak semalam lebih dari 800 tempat telah pun dipenuhi.


Walau bagaimanapun,cadang Dr Maszlee ini telah mendapat sambutan baik dikalangan netizen kerana menganggap dengan kewujudan pelajar-pelajar ini ianya akan memberikan saiangan yang sihat kepada pelajar bumiputera dan non bumiputera dalam pelajaran.Bak kata orang baru ada persaingan yang sihat disitu.