Tiga Remaja Tanpa Segan Silu Hina Agama Islam Di Media Sosial,Teruk Dihentam Netizen


Sememangnya para pengguna media sosial diberikan kebebasan dalam bersuara,namun ada hadnya.Percaya atau tidak segelintir umat Islam yang dilahirkan asalnya dari keluarga Islam sendiri tidak mempercayai Rukun Iman sehinggakan ada daripadanya lantang bersuara dan mempersendakan agama mereka sendiri.

Baru-baru ini terdapat 3 orang pengguna laman Twitter dikatakan telah dikecam teruk oleh netizen kerana mereka berbalas tweet yang berunsurkan penghinaan terhadap agama Islam.Apa yang memeranjatkan penulis adalah ketiga-tiga remaja ini adalah beragama Islam dan salah seorang daripada adalah remaja wanita.Allahu akbar.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang mendedahkan perkara ini dikenali sebagai @hazimhalimm menyatakan ketiga-tiga remaja berkenaan tanpa segan silu berbalas tweet berbaur penghinaan terhadap Nabi Isa a.s dan juga ibunya Siti Maryam a.s  secara umum.


Lebih memalukan lagi adalah salah seorang daripadanya adalah seorang wanita yang mengenakan tudung telah mengatakan Malaikat Isral adalah seorang gay.Allahu sedih apabila melihat remaja-remaja sekarang terlampau bebas bersuara tanpa berfikir.








Walau bagaimanapun,salah seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa tindakan mereka dalam menghina agama Islam boleh dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan di bawah akta Syariah 1997.

Apabila negara telah memberikan kebebasan untuk bersuara maka diharapa rakyat tidak menyalahgunakannya kerana bimbang akan memakan diri sendiri kelak.

Ketiga-tiga akaun Twitter remaja ini juga dikatakan telah di padam serta merta setelah mendapat laporan dari para pengguna yang lain.Apa-apa pun diharapa mereka bertiga mendapat hidayah daripada Nya.