Video-Sajat Minta Netizen Doakan Dia 'Lekat' Dapat Bayi Secomel Yusoff Al Qardawi


Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu Datuk Aliff Syukri merakam video saat kelahiran anak lelakinya yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.Selepas itu timbul isu Datuk Aliff memuat naik gambar anaknya yang masih bertali pusat di Instagram,bagaimanapun,Datuk Aliff dikatakan telah pun memohon maaf mengenai isu tersebut.

Beliau bertidak bergitu adalah untuk tujuan perkongsian semasa saat-saat seorang ibu bertarung nyawa melahirkan zuritnya dan bertujuan supaya seorang suami lebih menghargai ister mereka.Berita gembira ini juga turut dikongsikan bersama teman baiknya iaitu , Sajat yang juga seorang usahawan berjaya.

Menurut sumber,Sajat juga turut datang melawat Datin Shahida dan bayi mereka beberapa hari selepas kelahiran bayi comel ini.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh Sajat ke dalam akaun Instagramnya,kelihatan Sajat amat teruja dan berasa bersyukur dapat dipertemukan dengan bayi secomel Yusoff.Kelihatan juga Sajat tidak kekok mendukung Yusoff pada ketika itu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah bukan kepandaian Sajat mendukung bayi tetapi disebabkan kapsyen yang ditulis olehnya.



Di dalam video tersebut Sajat menyatakan "Alhamdulillah bila dapat tengok baby yang comel terasa macam nak cepat je kita punya majlis (perkahwinan),". Video yang mendapat 248,734 tontonan ini telah membuatkan rata-rata netizen yang melihatnya ketawa dan tidak kurang juga yang menyindirnya  kerana Sajat telah berazam untuk mendapatkan zuriat sendiri tahun hadapan.

Kapsyen yang bertulis "Doakan sajat lekat mcm bby comel @yusoffalqardawi cutee sgt#tahundepan #gigih #azamtahun depan" ini juga turu menyatakan bahawa Sajat pandai berlawak jenaka.
Terdahulu,Sajat pernah mengambil sepasang anak kembar yang diberi nama Syahmi dan Syaza.