Warga Emas Disamun Dua Lelaki,Ingatkan Samun Duit Rupa-rupanya..


Kebiasaanya peragut akan mengambil barangan berharga seperti wang ringgit,barang kemas dan barangan berharga untuk disamun.

Namun,kejadian malang yang menimpa seorang warga emas ini tidak seperti apa yang kita fikirkan kerana peragut berkenaan tidak mengambil wang darinya tetapi suspek dipercayaimengambil basikal tua mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Yeong Lean Yoong berusia 72 tahun ini dikatakan telah diserang oleh dua orang lelaki menaiki motosikal.Pada masa kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sambil menyorong basikal tuanya sekitar pukul 5.48 petang Selasa lalu.


Semasa pergelutan bersama suspek,mangsa telah terjatuh di tepi Jalan Walker,Pokok Assam,mangsa juga didapati tidak sedarkan diri akibat ditumbuk pada bahagian lehernya.

Akibat risau dilihat oleh orang awam,suspek melarikan diri bersama basikal milik warga emas berkenaan.

Menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib,berkata,mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan oleh orang awam.

Walau bagaimanapun,mangsa disahkan meninggal dunia akibat dari hentakkan yang kuat pada bahagian kepalanya.

“Mangsa meninggal dunia sekitar jam dua pagi Rabu dan buat masa ini kami masih lagi cuba mengesan dua orang suspek lelaki berkenaan.”

Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa disahkan meninggal dunia kerana pendarahan pada bahagian dalaman kepalanya.

Pada mulanya kes ini hanya lah kes samun basikal namun telah bertukar kepada kes jenayah yang berat kerana mengakibatkan kematian.

Pihak polis mengesahkan tiada sebarang dokumen penting milik mangsa yang diambil oleh suspek,hanya basikal tua sahaja yang dibawa lari.Pihaknya tidak menolak kemungkinan motif sebenar kes ini adalah bersifatkan dendam.

Selain itu,kebarangkalian suspek tersebut juga telah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan dipercayai meragut basikal mangsa untuk dijual semula.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini anda boleh menghubungi balai polis berdekataan bagi menbantu sisatan dilakukan.