6 Gambar Wanita Kerat Lapan Bahagian Tubuh Ibu Sendiri.


Indonesia, Tanjungpura - Seorang wanita maut dalam keadaan yang amat mengerikan di rumah kediaman mereka dipercayai telah dibunuh oleh anak perempuannya sendiri.

Mayat wanita malang tersebut telah ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan di rumahnya sendiri di kampung Landak Jalan Tanjungpura Pontianak dengan beberapa anggota badannya telah dipotong.

Mangsa dikatakan telah disembelih oleh anaknya sendiri sebelum lapan bahagian anggota badannya telah dikerat sehingga putus.

Menurut sumber, pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh anak perempuan mangsa sendiri yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Menurut salah seorang penduduk di kawasan berkenaan, Ida 47 tahun yang berada di lokasi kejadian memberitahu bahawa tertuduh merupakan anak mangsa dan bekerja sebagai penjual sayur telah pun ditahan oleh pihak polis.

Tertuduh dikatakan telah menyembelih leher ibunya sendiri serta telah memotong kedua tangan dan kaki sehingga putus malah apa yang lebih kejam lidah mangsa juga turut di potong hingga putus.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca serta motif pembunuhan tersebut memandangkan keterangan yang diberikan oleh suspek berubah-ubah. - Online News