Dua Wanita Dan Dua Lelaki Ditangkap Ketika Cuba Tanam Janin.


Jakarta - Dua orang wanita serta dua lelaki telah ditahan oleh pihak polis selepas kesemua mereka didapati cuba untuk menguburkan satu janin bayi yang baru berusia empat bulan.

Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang di Kembangan, Jakarta Barat pada Jumaat yang lalu telah disedari oleh penduduk setempat sebelum mereka melaporkan kegiatan ke empat-empat individu terbabit kepada pihak polis.

"Janin bayi tersebut yang berusia empat bulan telah ditemui di Jalan Raya Joglo RT 01/06, Joglo, Kembangan, Jakarta Barat," kata pihak polis Kembangan , Supriadi.

Menurut Supriadi, kejadian tersebut pada mulanya telah disedari oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di kawasan berkenaan yang ternampak kelibat dua orang wanita serta dua lelaki sedang menggali tanah.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya memberitahu penduduk setempat mengenai aktiviti ke empat-empat individu berkenaan, walau bagaimanapun penduduk setempat yang mencurigai mereka kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

Menurut ketua kampung tersebut, Suheri memberitahu bahawa dia telah diberitahu mengenai dua lelaki serta wanita sedang menggali tanah tersebut daripada sekumpulan kanak-kanak yang melihat mereka sedang sibuk menggali tanah.

Setelah diselidiki rupa-rupanya kesemua mereka menggali lubang berkenaan adalah bagi menanam sebujur janin bayi lelaki yang dipercayai baru berusia empat bulan.

"Menurut dua lelaki serta wanita tersebut, bayi tersebut adalah anak kepada salah seorang mereka yang dikenali sebagai Endang Mustika Sari. Endang mendakwa janinnya itu baru berusia empat bulan. akhirnya kesemua mereka telah diperiksa," kata Supriadi.

Menurut Supriadi, Endang mengakui bahawa janin tersebut adalah miliknya dan mengakui bahawa dia telah keguguran akibat daripada terjatuh di bilik mandi di wilayah Kosambi, Kecamatan Cengkareng, Jakarta barat.

Selepas keguguran Endang telah mengambil keputusan untuk menguburkan sahaja janinnya itu dengan dibantu oleh rakannya yang dikenali sebagai Desi lestari bersama dua lelaki.

"Namun begitu pihak kami masih lagi menyiasat kejadian tersebut bermula di kawasan yang di dakwa tertuduh keguguran sehinggalah ke lokasi penguburan bayi tersebut dan kami telah menggali semula kubur bayi tersebut serta menghantarnya bagi diperiksa dengan lebih lanjut," ujar Supriadi. - Online News