Kanak- Kanak 5 Tahun Bongkar Apa Yang Pengasuh Lakukan Kepada Arwah Adam Rayqal



Kisahnya pernah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia,sehingga ke hari ini kisahnya masih menjadi topik hangat di media sosial.

Pemergian arwah Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif,lima bulan masih menjadi tanda tanya.

Menurut Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut menghantar anak-anaknya di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif ada berkongsikan apa yang dilihat oleh anak-anaknya.

Anak-anak Zain memberitahu bahawa mereka melihat pengasuh tersebut ada mengoncangkan badan dan mengetuk kepala bayi malang itu kerana kerap menagis.

Namun,beberapa minit kemudian bayi Adam terus senyap dan tubuhnya kaku.Kira-kira pukul 11.00 malam,mayat Adam Rayqal telah ditemui di dalam beg berwarna hijau iaitu beg pakaian kotor yang disedikan oleh ibunya di dalam peti sejuk di rumah pengasuh berusia 33 tahun di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves.

Tambah Zian lagi,kedua-dua anaknya iaitu Ahmad Hayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, telah dihantar ke rumah pengasuh sejak dua minggu yang lalu memandangkan mereka suami isteri bekerja.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini,Norita Abdul Wahab, 40,semasa dia menjemput anaknya kira-kira jam 6.30 petang,iaitu hari yang sama semasa kejadian berlaku,pengasuh itu tidak langsung gelisah atau takut.

“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya pada pagi berikutnya.

Ketika ditanya kepada anak sulungnya bernama Hayyan,dia memaklumkan ada melihat pengasuh terbabit mernggoncangkan badan serta mengetuk kepala Adam kerana asyik menagis dan tidak lama kemudian dia (Adam) senyap.


Zian menyatakan bahawa mereka mengenali pengasuh terbabit melalui Facebook dan seterusnya mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat pengasuh itu dengan membayar RM650 sebulan bagi kedua-dua anaknya itu.

Walau bagaimanapun,sepanjang menghantar anaknya dirumah pengasuh terbabit,anak-anaknya tidak pernah mengadu apa-apa yang melibatkan penderaan.

"Kejadian itu amat mengejutkan kami sekeluarga kerana ianya boleh berlaku kepada anak-anak saya,"kata Zian.


Sememangnya perkara sebegini amat membimbangkan para ibu bapa untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh.

“Hayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini menyebabkan saya bimbang untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, namun tiada apa boleh dilakukan memandangkan saya dan isteri bekerja.

"Pada masa ini apa yang boleh dilakukan adalah saya dan isteri perlu bergilir-gilir menjaga anak-anak sebelum mendapat pengasuh yang baru",katanya yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kelab golf.