Lelaki Maut Ketika Cuba Uji Ilmu Kebal Yang Dipelajarinya.


Seorang lelaki maut selepas cuba menguji ilmu kebal miliknya dengan menyuruh seseorang supaya menembak dirinya sebagai bukti dirinya kebal daripada peluru.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang bomoh di Nigeria bernama Chinaka Adoezuwe telah menyerahkan sepucuk pistol kepada salah seorang pesakitnya serta telah mengarahkan pesakit tersebut menembak dirinya.

Adoezuwu melakukan perkara tersebut adalah bagi menguji ilmu kebal yang dimilikinya namun peluru yang ditujukan kepadanya terus menembusi badannya menyebabkan ujian ilmu kebal terbabit berakhir dengar penuh tragik.

Menurut laporan dari The Punch, lelaki yang melepaskan tembakan tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Chukwudi Ijezie.

Ijezie dikatakan telah bertemu dengan bomoh tersebut bagi menuntut ilmu yang dimiliki oleh bomoh tersebut bagi menjadikannya lebih kuat serta kebal.

Ijezie yang berasa tidak yakin dengan Adoezuwe telah menyebabkan Adoezuwe cuba membuktikan bahawa dia memiliki ilmu kebal dengan menyuruh Ijezie menembak dirinya.

Walau bagaimanapun Ijezie yang meragui tindakan Adoezuwe kemudiannya menolak permintaan Adoezuwe untuk menembak dirinya, namun begitu setelah didesak oleh Adoezuwe dengan menyakinkan dirinya telahpun meletakkan azimat kebal terhadap dirinya akhirnya Ijezie akur jua.

Namun tembakan tersebut telah meragut nyawa Adoezuwe.

"Seorang pemuda pada mulanya telah pergi berjumpa dengan bomoh tersebut bagi menuntut ilmu kebal yang dipercayai mampu menahan peluru dari menembusi badannya," kata salah seorang penduduk kampung tersebut kepada pemberita.

"Setelah bomoh tersebut dikatakan telah menyiapkan segalanya bagi pelanggan tersebut, dia menyuruh pelanggannya supaya menguji kemampuannya tetapi pelanggan tersebut telah menolak.

"Bagi membuktikan keupayaannya, bomoh tersebut telah menyerahkan pistol kepada lelaki berkenaan dan menyuruhnya menembak dirinya.

"Namun tindakkannya itu telah menyebabkan dirinya maut."

Walaubagaimanapun tertuduh yang telah melepaskan tembakan tersebut telah pun ditahan. - Online News