Lelaki Terima Padah Intai Isteri Jiran Mandi.


PARIT: Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam.

Menurut laporan Astro AWANI, Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun terbabit yang terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah sekolah menyedari perbuatan tukang kebun berkenaan.

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Menurutnya, suami mangsa kemudian memarahi lelaki terbabit namun suspek nafi mengintai dan mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.

"(Siasatan di Lokasi kejadian mendapati bahagian dapur rumah mangsa bertentang dengan bahagian dapur rumah mentua suspek yang sudah didiami hampir 19 tahun," katanya.

Mohamad Zainal berkata, pemeriksaan polis turut menemui kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik air mangsa dan susulan kejadian itu suspek ditahan di hadapan rumahnya jam 10.15 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana perbuatan mengaibkan.

"Ujian air kencing terhadap suspek juga sudah dijalankan dan hasilnya didapati positif syabu selain semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau," katanya. - Astro AWANI