Tergamak Ibu 'Kurung' Anak Bawah Kerusi Semata-mata Nak Main Mahjong


HUNAN-Seorang ibu tergamak mengurung anak lelakinya di bawah kerusi plastik hanya untuk bermain mahjong bersama kawan-kawannya.

Kanak-kanak berusia setahun itu dipercayai menagis dan meronta-ronta untuk dilepaskan,namun cubaan itu tidak diendahkan oleh ibunya.

Menurut Legal and Legislation Evening Post, insiden berlaku di sebuah premis judi (mahjong) haram berdekatan bandar Hengyang, di wilayah Hunan,China.

Video yang dimuat naik ke dalam media sosial itu bagaimanapun telah mendapat jutaan tontonan dan turut menerima kecaman hebat dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakkan si ibu yang tegar membiarkan anak sekecil itu menagis.

"Ibu yang pentingkan diri sendiri! Bayangkan si anak pula mengurung ibunya satu hari nanti," kata seorang pengguna laman sosial 'Chenyongan'.

"Sakitnya hati melihat budak itu terkurung ketika ibunya asyik bermain mahjong," tulis pengguna.

Bagaimanapun,satu laporan polis telah pun dibuat,12 individu turut ditahan piha berkuasa kerana bermain judi secara haram.

Sementara itu, siasatan akan dijalankan dan ibu terbabit akan dicari untuk tindakan lanjut. - Dailymail