UPDATE-Kejam ! Kerat Dan Sumbat Mayat Dalam Bagasi


Kecoh semalam kes mengenai penemuaan mayat yang dikerat kepada beberapa bahagian lalu di sumbat ke dalam bagasi.

Dua buah bagasi itu telah ditemui di Jalan Ipoh,siasatan mendapati ianya adalah mayat wanita yang dikerat kepada enam bahagian.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil dari bedah siasat mendapati mayat berkeaan adalah mayat wanita berdasarkan tiada parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan badan mangsa.

Pihak polis juga telah mengambil kulit tangan dan jari mangsa bagi tujuan pengecaman identiti mangsa.

“Mayat mangsa telah ditemui dalam dua buah beg berbeza dengan jarak 20 meter dan dibalut dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama dibalut dengan plastik hitam kemudian cadar dan plastik berwarna hitam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, disini, hari ini.

Mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dijalankan.

Mayat wanita itu telah ditemui oleh seorang wanita yang juga seorang geladangan yang berada di lokasi beg pakaian itu ditemui.

Pihak polis juga tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa mayat ini telah dibunuh ditempat lain terlebih dahulu sebelum di buang ke sungai tersebut.

Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta melaporkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kanan kes ASP Faizal Abdullah di talian 012-4834439.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,