Warga Emas Tergamak 'Ratah' Anak Kandung Sendiri Hingga Hamil 8 Bulan


INDONESIA-Seorang warga emas berusia 61 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai AG telah ditahan oleh anggota polis daerah  Pangkalan Kuras, Kabupaten Pelalawan, Riau.

Warga emas terbabit dikatakan telah menyetubuhi anak kandungnya sendiri iaitu TN,16 tahun.

Disebabkan perbuatan jijik ayah kandungnya itu,kini mangsa dikatakan telah mengandung 8 bulan.

"Suspek telah ditahan di rumahnya pada hari Isnin lalu," kata ketua polis Kombes Sunarto.

Menurutnya, berdasarkan keterangan suspek, persetubuhan dilakukan sejak bulan Februari 2017 hingga Jun 2018.

Sunarto menjelaskan bahawa suspek ditangkap selepas dilaporkan oleh isterinya RA (42).

Selepas meneri laporan itu,pihak polis terus melakukan tangkapan ke rumah susspek.

Awalnya pengadu mendapat telefon dari jirannya bahawa anaknya telah dirogol oleh ayah kandungnya sendiri.

Setelah mengesahkan bahawa mangsa sedang mengandung, suspek dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Kini suspek telah ditahan reman di balai polis Pangkalan Kuras.