Suami Yang Menyakiti Isteri, Berarti Dia Derhaka Pada Allah.




Suami isteri adalah pasangan yang diijabkabulkan melalui sebuah ikatan perkahwinan. Setiap pasangan yang sudah berkahwin semestinya menginginkan sebuah kehidupan yang rukun, damai, sejahtera dan bahagia. Namun dalam kehidupan alam rumah tangga pasti ada halangan dan dugaan yang harus ditempuhi.

Kecil atau besar permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga itu adalah bergantung dengan cara kita menghadapinya serta bagaimana cara untuk mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Jadi kita haruslah 'menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara kekeluargaan' yang bermaksud apabila ada sesuatu masalah yang menimpa, tidak perlulah sampai dibawa keluar masalah itu kerana berlakunya campur tangan orang luar atau pihak ketiga.

Perkataan istilah 'isteri derhaka' pasti kita seringkali mendengarnya namun kita tidak pernah mendengar istilah 'suami derhaka' bukan? Oleh itu mungkin jawapan di bawah ini dapat menghuraikan sedikit sebanyak persoalan mengenai istilah 'suami derhaka'.

Seorang Bertanya :

“Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya ia derhaka pada suami. Namun bagaimanakah bila suami menyakiti hati isteri? ”

Jawapan Ustaz :

“BERDOSA juga lah. Namun tak ada istilah suami derhaka pada isteri, namun suami akan ditandai Malaikat juga sebagai derhaka pada Allah SWT.

Kerana isteri, rezekimu bertambah - tambah.
Kerana isteri, zuriatmu ada.
Kerana isteri, makan dan pakaianmu dijaga.
Kerana isteri, hatimu berasa tenang.
Kerana isteri, lembut pandangan matamu.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang dapat melihat kekuranganmu yang tersembunyi dari pandangan matamu serta masih tetap menerimamu seadanya.

Jangan sampai sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, meskipun ia terlihat kecil dimatamu.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak serta suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda, wahai yang bergelar suami." Sumber: Islamidia.com. Editor: Amira