23 Sebab Pasangan Bercerai



Perkahwinan amatlah dituntut oleh agama islam. Namun, ada juga sesetengah daripada pasangan yang gagal dalam mempertahan kan rumah tangga yang mereka bina. Sebut sahaja soal perceraian pasti sahaja pasangan suami isteri tidak sanggup untuk memikirkannya.

Penceraian kerap kali terjadi kepada pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Siapa sangka pasangan yang sudah berkahwin tidak mungkin akan bercerai? Sememangnya perkahwinan amatlah dituntut oleh agama Islam. Tiada pasangan yang sanggup bercerai tanpa sebab yang tertentu.

Tindakan ini pastinya akan menyakiti salah satu pihak,terutamanya pasangan yang mempunyai anak. Tentu sahaja anak-anak yang akan menjadi mangsa keadaan dalam perceraian ini.

Soal penjagaan anak juga pasti akan wujud dalam kes ini kerana sudah pasti kedua-dua pihak mahu menuntut hak penjagaan anak.

Bayangkan jika anak-anak itu masih kecil dan tidak faham lagi apa itu penceraian. Apabila mereka meningkat dewasa tentu saja mereka akan bertanyakan di mana ayah atau ibu mereka bukan?

Oleh itu, sebelum berkahwin pasangan suami isteri sepatutnya perlu menghadiri kursus pra perkahwinan untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi.

Kadang kala punca perceraian dari perkara yang remeh juga boleh mengakibat kan pasangan itu bercerai. Di sini terdapat 23 sebab penceraian terjadi dari kes yang remeh sehingga boleh terjadinya penceraian. Sebab-sebab ini pasti membuatkan anda terkejut besar.

1. Punggung isteri menggerutu
2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks
3. Isteri meminta persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori
4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
5.Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai
6.Isteri suka membasuh baju pada waktu malam
7.Suami mencurigai setiap tindakan isteri
8.Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu
9.Berbeza fahaman politik
10.Suami tidak suka isteri makan dalam kereta
11.Gaji suami lebih rendah
12.Isteri lambat menyediakan makanan
13.Pasangan bangun tidur lewat
14.Suami kerja tak tentu masa
15. Anak demam dan tak sihat
16.Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih
17.Pasangan terlalu cerewet
18.Pasangan tidur berdengkur
19.Pasangan gemar membeli-belah
20.Suami tangkai jering( kedekut)
21.Pasangan lupa pam tandas
22.Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju
23.Berebut rancangan televisyen.