Kita berkahwin kerana Allah. Tapi, betul kerana Allah?
on
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Sebab kita tak melalui namanya di uji.
Kita hidup kerana Allah.
Tapi, betul kerana Allah?
Belum malah jauh lagi nak di katakan hidup sehari-hari kerana Allah ini.
Maka,
Untuk menjadikan setiap hidup ini kerana Allah, kita perlu di uji. Kita wajib di uji. Kita layak di uji.
Seorang penyanyi yang memenangi satu juta ringgit, belum layak menerima duit itu jika tidak di uji dengan 20 episod setiap minggu yang menguji vokalnya, persembahannya, dan segala-galanya.
"Abang, saya nak ke syurga dengan abang!"
Sweet! Memang manis.
"Abang akan tunggu sayang dalam syurga. Kita akan sama-sama terbang!"
Sembang!
Gedegang!
Bila anak berak, masing-masing mengelak.
Bila duit habis, masing-masing mengamuk dan mengais.
Bila rumah bersepah, masing-masing salah menyalah.