Baik Sedih, Sakit bahkan Kebahagiaan, Tanpa Sadar Sering Keluar Air Mata 😭


Sedang asyik dilamun cinta, sering kali kita mengalirkan air mata atau menangis sehingga mengundang seribu pertanyaan dari pasangan tetapi jangan risau kerana ianya di anggap normal dan tidak perlu dirisaukan.

Menurut pakar sexologist di Florida, Laura McGuire menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi adalah merupakan bentuk emosi yang tertahan seperti kesedihan, kesakitan dan kebahagian yang tanpa kita sedari tidak mampu untuk kita pendamkan lagi.

Perkara tersebutlah yang menyebabkan emosi kita sewaktu bercinta seakan tidak dapat ditahan, maka jika terjadinya begitu adalah tidak salah kalau kita meluahkannya ke pasangan kita agar pasangan kita tidak akan merasa bersalah atau tidak selesa dengan keadaan terbabit.

 Tetapi sebaiknya sebelum bercerita pada pasangan lebih baik kita kenali dahulu sebab-sebab mengapa kita menangis ketika sedang bercinta.

1. Sangat relaks

“Ketika sedang asyik bercinta dan kita sama-sama relaks dalam beberapa minit, air mata boleh sahaja mengalir begitu saja,” pungkas Laura.

Apalagi jika hasil hubungan tersebut membuat kita puas, air mata bahagia pun rasanya mudah untuk keluar.

2. Keserasian

Setiap pasangan memiliki keserasian yang berbeza-beza.

Tapi, jika kita dan pasangan sudah memiliki keserasian yang begitu mendalam, biasanya ini akan membuat air mata juga mudah menitis.

3. Perasaan bersalah

Bukan hanya ketika kita berasa selesa tetapi air mata juga boleh menitis keluar saat kita sedang dirundung rasa bersalah terhadap keluarga.

“Mereka biasanya dapat merasakannya sebagai seorang ibu, seharusnya mereka fokus ke anak bukan memuaskan diri sendiri,” tambah Laura.

Jadi, seharusnya kita menikmati saja waktu bercinta bersama pasangan. (*)

Sumber: grid.id