Ini Sebab Kenapa Isteri Tak Suka Suami Keluar Malam

Soalan: Kawan saya baru berkahwin. Suaminya suka keluar lewat malam bersama kawan-kawannya. Suaminya keluar jam 2 pagi dan pulang jam 5 pagi.

Apabila kawan saya melarang suaminya, mereka bergaduh dan suaminya berkata, "Semoga malaikat melaknat engkau." Adakah si isteri dianggap menderhaka kerana melarang suami keluar malam?

Adakah perbuatan si isteri itu dilaknat Allah?

Jawapan: Suami berhak keluar rumah bila-bila masa sahaja beliau mahu dan tidak wajib suami menuruti kemahuan isterinya supaya berada di dalam rumah sahaja.

Namun, dalam rumah tangga Islam, isteri adalah penasihat. Apabila isteri melihat suatu yang tidak baik, maka tanggungjawab si isteri menasihati ataupun menegur suaminya dengan cara yang baik.

Bagi suami pula, jangan bersandar dengan kuasa mutlak sebagai suami sahaja, tetapi perlu ingat agama menghendaki seorang suami itu menjadi suami yang baik.

Rasulullah berkata, "Suami yang terbaik ialah suami yang baik dengan anak dan isterinya."

Maka, suami terbaik itu haruslah pandai menjaga hati isteri dan bukan mementingkan hatinya sahaja, bahkan hati isteri pun perlu dijaga sama.

Kesimpulannya dalam kes ini, si suami boleh keluar pada waktu malam, cuma kurangkan sedikit supaya isteri berasa mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suami.




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran mu suh, di medan perjua ngan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempa dan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih