Suami Tidak Baritahu Isteri Nak Keluar


Orang perempuan ini sebenarnya bila dia bertanya sebenarnya bukan bermaksud dia tak tahu tetapi kebanyakkannya soalan-soalan tersebut telah pun ada jawapannya, dia sebenarnya cuma nak uji kejujuran suami melalui pertanyaan-pertanyaan itu.

Contohnya seperti, " Lewat abang balik kerja, banyak ke kerja dekat pejabat?".

Dan kalau memang betul banyak kerja di pejabat suami akan menjawab dengan penuh yakin "Ya" dan kalau sebenarnya tak banyak kerja suami pula dah pulang awal tetapi melencong dulu sebelum pulang ke rumah maka jawapan "Ya" tersebut akan berbunyi teragak-agak serta sedikit gagap.

Lepas itu mulalah takut untuk bertentangan mata, peluh mula membasahi dahi dan suami akan cuba untuk mengubah ke topik lain pula dengan bertanya, "Anak-anak mana? Makanan dah siap ke?".

Kemudian cepat-cepat berlalu masuk ke bilik untuk mengelak  dan menguruskan diri kononnya dah terselamat daripada isteri tetapi sebenarnya tidak selamat kerana isteri lebih mengenali suami serta mengetahui kebenaran melalui reaksi yang kita timbulkan.

Isteri mungkin dah tahu ke mana arah tuju suami sebelum sampai ke rumah, cuma atas sebab tidak mahu menimbulkan sebarang konflik atau pergaduhan maka dia pun layankan saja dan terima jawapan suaminya itu seolah-olah dia tak tahu apa-apa.

Orang perempuan ini unik sikit sebab dia mampu membuatkan lelaki menggelabah tahap biawak hanya dengan pandangan matanya, melalui pertanyaan ataupun hanya dengan melalui riak wajahnya sahaja.

Awas kaum lelaki kalau jawapan itu tidak memuaskan hati atau tidak seiring dengan nalurinya apa yang dirasakan maka akan ada pertanyaan kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Jadi kepada lelaki di luar sana tolonglah berterus terang dan bagitahu sahaja isteri kebenarannya daripada terus menipu serta berselindung demi untuk menjamin ketenangan dan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang suami agar terus di hormati. Sumber: Firdaus Shakirin